1Silat - Unity in Diversity

Sunday 26 July 2009

Kejohanan Pencak Silat Negeri Terengganu


Kejohanan Pencak Silat Sekolah-Sekolah Peringkat Negeri Terengganu telah berlangsung di Daerah Setiu pada 23-25 Julai 2009.Kejohanan Peringkat Negeri Kali ini diadakan di Dewan Saujana, SMK Suajana, Setiu.

Kejohanan selama tiga hari itu mempertandingkan beberapa acara antaranya Seni tari Silat sekolah rendah dan menengah, Seni Tempur Silat sekolah rendah dan menengah, Silat olahraga, jurus wajib dan seni jurus silat.

Semua daerah mengambil bahagian dalam kejohanan tersebut.Pasukan Setiu telah berjaya muncul Johan dalam acara Seni Tempur Silat Sekolah Menengah,naib johan silat olahraga kategori Puteri 2 dan 3 sekolah menengah. kejohanan tersebut melabuhkan tirainya dengan johan keseluruhan di sandang oleh daerah Kemaman.

Perasmian Penutup disempurnakan oleh Tn Hj Salleh bin Busu, Ketua Sektor, Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan, JPN Terengganu. Turut dihadiri oleh Tn Pegawai PPD Setiu, En Mohd Azmy bin Zakaria.

Saturday 25 July 2009

SK Changkat Ibul & Maahad Al-Tarbiah Al-Islamiah Batu 8 Jaguh Silat LMS

Pada 18-20 Jun 2009, Kejohanan Pencak Silat Sekolah-Sekolah Daerah Larut, Matang & Selama telah diadakan di dewan terbuka SM Teknik Kamunting. SK Changkat Ibul telah menghantar penyertaan untuk 2 kategori iaitu Seni Tari Silat Putera Sekolah Rendah & Seni Tempur Silat Putera Sekolah Rendah.

Dengan restu dan doa guru-guru dan warga SK Changkat Ibul serta izinNya, kedua-dua kategori yang disertai telah mendapat perhatian para juri dan dinobatkan sebagai johan seterusnya membawa pulang piala pusingan selaku johan keseluruhan bagi sekolah rendah dengan kutipan 2 pingat emas.

Ma'ahad Tarbiah Islamiah Batu 8 (MTI) pula menjadi johan keseluruhan bagi sekolah menengah dengan kutipan 3 pingat emas (kategori silat olahraga Putera 1, 2, 3) dan 2 pingat gangsa (kategori seni tari silat putera sekolah menengah dan silat olahraga puteri 1).

Walaubagaimana pun, saingan yang diberikan oleh sekolah2 yang menghantar penyertaan amat sengit. Tahniah kepada semua pesilat yang akan mewakili daerah Larut, Matang & Selama ke peringkat negeri yang akan diadakan pada 3-5 Julai di Manjung.

Sumber: http://jpnperak.edu.my/portal//modules.php?name=News&file=article&sid=299

Friday 10 July 2009

Kejohanan Pencak Silat

Pada 6 Jun 2009 hingga 9 Jun 2009, Sekolah Menengah Teknik Melaka Tengah telah menyertai Kejohanan Pencak Silat Sekolah-Sekolah Negeri Melaka 2009 di SMK Munsyi Abdullah, Batu Berendam, Melaka.

SM Teknik Melaka Tengah juga menjadi Johan Keseluruhan Putera Menengah Kejohanan Pencak Silat Sekolah-Sekolah Negeri Melaka 2009 dan Johan Keseluruhan Sekolah Menengah Kejohanan Pencak Silat Sekolah-Sekolah Negeri Melaka 2009.

Majlis Perasmian Penutup dan Penyampaian Hadiah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Tn Hj Daud bin Abdull, Ketua Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan, Jabatan Pelajaran Melaka.

SM Teknik Melaka Tengah telah menghantar 12 orang peserta lelaki dan 7 peserta perempuan dan dalam kategori Silat Olahraga Putera 3 Menengah, Puteri 2 Menengah, Seni Tari Putera Menengah, Seni Tempur Puteri Menengah dan Seni Jurus Putera Menengah SM Teknik Melaka Tengah telah menjadi johan.

Manakala dalam kategori Seni Tempur Putera Menengah di tempat ke-2, Jurus Wajib Putera Menengah mendapat tempat ke-3.

Catatan: Syabas dan tahniah diucapkan kepada Team Silat SMTMT dan guru-guru penasihat iaitu En Haireyzal bin Abu Saad, Cik Sh. Saadiah bt Syed Idrus dan En. Asnain bin Moksin.

Sumber: http://www.smtmt.com/modules.php?name=News&file=article&sid=203

Wednesday 1 July 2009

Silat vs Muay Thai

Kelab Silat SMK Kampong Jawa akan mengambil bahagian dalam Kejohanan Silat Sekolah-Sekolah Daerah Klang yang berlangsung di Klang High School pada 6-8 Julai 2009. Acara yang disertai ialah silat olahraga, silat tempur, jurus wajib dan gendang silat. SMK Kampong Jawa masih memegang rekod sebagai juara bertahan selama lima tahun berturut-turut di daerah Klang. Pada tahun 2007, seorang pesilat sekolah ini memenangi Kejuaraan Silat Olahraga Dunia di Belgium. Pada tahun lepas, dua pesilat terpilih mewakili Selangor di Kejohanan Silat Kebangsaan di Kelantan.

Mengambil iktibar daripada kekalahan pesilat negara kepada pesilat Thailand yang kini mendominasi silat olahraga dan silat seni, setiap pesilat diwajibkan menyertai latihan tomoi bersama Kelab Muay Sri Andalas. Latihan ala tomoi menjadikan pesilat lupa pada kesakitan kerana sesungguhnya kesakitan hanya sementara. Semoga pesilat SMK Kampong Jawa mengharumkan nama sekolah lagi pada tahun ini. Mulai!

Sumber: http://boksingkelate.blogspot.com/2009/07/kelab-silat-smk-kampong-jawa-akan.html