1Silat - Unity in Diversity

Sunday 17 May 2009

Pencak Silat Olahraga Asli Indonesia

JAKARTA--MI: Ketua Persekutuan Pencak Silat Antar Bangsa (PERSILAT), Mayor Jenderal Purnawirawan (Pur) Eddie M Nalapraya, meminta pemerintah deklarasikan pencak silat sebagai olahraga asli Indonesia.

"Pemerintah juga hendaknya memperjuangkan pencak silat dapat dipertandingkan pada tingkat Asian Games dan Olimpiade," kata Eddie Nalapraya, di Jakarta, Sabtu (16/5). Selain itu, pemerintah juga diharapkan dapat menjadikan pencak silat sebagai olahraga yang menarik dan digemari oleh masyarakat dunia.

Dengan dideklarasikan menjadi olahraga asli Indonesia, menurut dia, maka pencak silat akan menjadi sebuah olahraga yang memiliki nilai lebih dibandingkan dengan cabang lainnya. "Melihat kondisi politik saat ini, kami mengingatkan kembali agar para fungsional PB Ikatan Pencak silat Indonesia (IPSI) sekarang untuk tidak melupakan cita-cita para pendiri IPSI," kata mantan Wagub DKI Jakarta periode 1998-2003 itu.

Pemerintah diharapkan mampu mempersatukan dan membina seluruh perguruan, melestarikan dan mengembangkan pencak silat beserta nilai-nilai yang terkandung di dalamnya. Selain itu, kata Eddie, juga menjadikan pencak silat sebagai sarana pembangunan bangsa dan watak (Nation and Character building) dan tidak terlibat politik praktis.

Diharapkan semangat dan kebersamaan yang dicita-citakan oleh pendiri silat dapat dipelihara dengan, baik bahkan kalau perlu ditingkatkan," ujar Eddie Nalapraya yang sewaktu masih menjabat Ketua Harian PB IPSI memprakarsai PERSILAT. Ia kembali berharap dukungan dan peran aktif pemerintah serta swasta dalam membina pencak silat, khususnya dukungan dana. (Ant/OL-02)

Sumber: http://www.mediaindonesia.com/read/2009/05/05/75051/29/3/Pencak-Silat-Olahraga-Asli-Indonesia

Sunday 3 May 2009

SO @ Akademi Alam Satria

KISAH PENDEKAR JUARA
Menjadi seorang juara dalam pertandingan silat olahraga adalah suatu perkara yang mudah. Sebenarnya pekara yang paling susah sekali ialah mempertahankan kejuaraan bagi seseorang yang sudah bergelar juara. Perkara ini perlu dihayati dan dihalusi bagi mendapatkan kejayaan berterusan.

Ruzaidi Abd.Rahman adalah satu nama yang pernah mengharumkan negara khususnya dalam pertandingan Silat Olahraga di peringkat antarabangsa. Menjadi juara dalam pertandingan Silat Kebangsaan adalah satu perkara yang lumrah baginya ketika aktif dalam pertandingan tersebut sekitar tahun 1980 an dahulu.

Pengalaman yang berharga beliau perlu di gali secukupnya. Bagaimana membina kemahiran dan mencipta kejayaan walaupun bertermpur dengan orang yang lagi besar dan tinggi darinya. Contohnya ketika beliau menentang pesilat dari German dan Perancis. Hanya menggunakan kaedah langkah yang halus dan tepat, pesilat dari german dan perancis itu dengan mudah ditumbangkan.

Ketika menjadi pesilat dahulu, latihan 5 jam sehari sememangnya menjadi rutin harian. Berjoging, latihan litar, sparring, light sparring, meditasi dan bermacam-macam lagi adalah perkara yang sering diulang-ulang setiap hari bagi membina stamina yang tinggi untuk bergelar sebagai pendekar.

SILAT OLAHRAGA ADALAH SILAT MELAYU
Ramai orang yang sering membezakan antara silat olahraga dan silat melayu. Sebenarnya tiada beza yang ketara antara silat olahraga dan silat melayu. Yang membezakanya hanyalah "sasaran" dan "kawasan larangan" ketika dalam permainan. Dalam silat olahraga, sasaranya hanya tertumpu dibahagian depan dan belakang badan sahaja. Tetapi dalam Silat sebenar tiada kawasan larangan. Gerakanya sama saja. Langkahnya tetap langkah silat.

Bahkan siapa yang mendalami silat olahraga, ianya bukan sahaja boleh digunakan dalam pertandingan sahaja, malah digunakan dalam pemakaian harian dan juga untuk bertempur dengan musuh-musuh yang tak diundang.

Tapi hakikat yang kita perolehi sekarang ketika sesuatu pertandingan silat olahraga dijalankan, tidak kelihatan seni silatnya disitu, Siapakah yang harus dipersalahkan? Geraknya kaku dan berlawan bagaikan "lembu disiram cuka".

PELAJARILAH DENGAN JUARA YANG TELAH MELAHIRKAN JUARA
Master Ruzaidi bukan sahaja berjaya menjadikan dirinya sebagai juara, malah telah melahirkan beberapa pesilat kebangsaan yang lain. Itulah juara yang telah menghasilkan juara. Sistem yang diajar oleh Master Ruzaidi adalah satu kaedah yang mudah, sedikit tapi berkesan sekali. Beliau hanya berpegang kepada pepatah " Air Setitik Menjadi Lautan, Tanah Sekepal Menjadi Gunung" dan pepatah "Kuatnya harimau terhambur kuatnya Gajah terdorong, kuatnya manusia berakal".

Walaupun falsafah yang tersusun dari beberapa perkataan ayat, tapi maksudnya bila diterjemahkan dalam silat, anda pasti akan teruja kerana gerakan yang dimulakan dengan langkah disulami dengan bijaksana akal dan disudahi dengan sebeban pikulan. Segalanya akan diperolehi disitu.

Latihan kefahaman dalam kaedah "menyerang" musuh dalam silat olahraga juga diajar. Semuanya dengan muslihat dari ilmu silat bukan dari ilmu beladiri lain. Pertahanan yang kukuh dan kuat akan menjadikan anda bertempur dengan tanpa mendapat sebarang kesakitan dan kelukaan.

SEMINAR @ KURSUS SILAT OLAHRAGA
Bagi mana-mana pertubuhan/persatuan/kelab/individu yang berminat untuk menimba ilmu dan pengalaman dari bekas seorang juara dan masih lagi juara iaitu Master Ruzaidi. Anda boleh hubungi 012-7976977 (Cikgu Alwi) untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan dengan tempat, yuran dan sebagainya.

KURSUS DAN SEMINAR INI TERBUKA KEPADA SEMUA PERSATUAN DAN PERTUBUHAN TIDAK KIRA DIMANA ANDA BERADA.. SEMENANJUNG MALAYSIA, SABAH SARAWAK DAN JUGA LUAR NEGARA.. AKADEMI ALAM SATRIA DAN MASTER RUZAIDI BOLEH SAMPAI KETEMPAT ANDA.

Jangan lepaskan peluang anda!

Sumber: http://betakos.com/v2/index.php

Friday 1 May 2009

Jurulatih Harumkan Nama UPSI dalam Acara SO Antara Universiti ASEAN

Bertubuh sasa dan tidak pernah jemu dalam melatih pesilat daripada kalangan pelajar UPSI adalah antara kunci kejayaan mengharumkan nama Malaysia dalam acara Silat Olahraga Sukan Antara Universiti ASEAN (SUA). Walaupun sibuk sebagai pensyarah Bahasa Inggeris (TESL) di Fakulti Bahasa, beliau sentiasa meluangkan masa untuk memberi dorongan dan kata-kata semangat kepada kejayaan pesilat negara Cik Wan Nurul Hidayu binti Abdul Razak yang merupakan pelajar semester empat program Pendidikan Sains Kejurulatihan dari Fakulti Sains Sukan UPSI. Sidang Editor Warta Kampus berkesempatan untuk mewawancara jurulatih Seni Silat Gayong Malaysia cawangan UPSI yang telah memberi tunjuk ajar sehingga Cik Wan Nurul Hidayu berjaya memperolehi pingat emas dalam acara sukan tersebut. Semoga wawancara ini akan memberi gambaran sebenar berhubung corak latihan yang dirangka dalam memastikan kemenangan dan melonjak nama UPSI di peringkat antarabangsa.

WK: Terima kasih pada Encik Nor Azman bin Abdul Aziz kerana sudi diwawancara untuk Warta Kampus. Apakah ulasan tuan selaku jurulatih seni silat berhubung kejayaan wakil negara Cik Wan Nurul Hidayu binti Abdul Razak yang telah berjaya memperolehi pingat emas dalam acara silat olahraga Sukan Antara Universiti ASEAN (SUA)?

NAAA: Sebagai jurulatih saya amat berbangga dengan kejayaan Cik Wan Nurul Hidayu binti Abdul Razak yang berjaya memperolehi pingat emas dalam acara pertandingan silat olahraga Sukan Antara Universiti ASEAN (SUA). Kejayaan ini hasil daripada pengembelingan yang mantap antara disiplin, kegigihan, pengalaman serta latihan yang cukup.

WK: Menyorot kembali kejohanan tersebut, apakah bentuk latihan yang dirangka untuk mempastikan pesilat tersebut benar-benar bersedia dari mental dan fizikal untuk menghadapi kejohanan di peringkat Universiti-Universiti ASEAN?

NAAA: Latihan teori, fizikal (latihtubi), latihan ‘sparring’ dan menyertai pertandingan-pertandingan untuk memastikan beliau benar-benar bersedia dari segi mental dan fizikal bagi menghadapi kejohanan di peringkat universiti-universiti ASEAN.

WK: Sejak bilakah bakat pesilat yang mewakili negara ini dapat dikesan?

NAAA: Cik Wan Nurul Hidayu memang sudah mempunyai bakat dan kemahiran yang tinggi sebelum menjadi pelajar UPSI. Beliau pernah mewakili Kelantan dalam SUKMA. Sebagai jurulatih saya hanya menambah sedikit sahaja ’perencah’ dalam bentuk nasihat dan dorongan agar beliau menjadi benar-benar hebat di gelanggang silat olahraga.

WK: Apakah nasihat tuan selaku jurulatih seni silat Gayong Malaysia cawangan UPSI agar kecemerlangan yang dipamerkan oleh Cik Wan Nurul Hidayu binti Abdul Razak dapat dicontohi oleh pelajar-pelajar lain di UPSI?

NAAA: Saya ingin menasihatkan pelajar-pelajar UPSI yang lain agar dapat mencontohi Cik Wan Nurul Hidayu dan mencapai kejayaan yang boleh dibanggakan. Jadilah seorang yang benar-benar pakar dalam bidang yang diceburi. Jika ada yang memperlekehkan seni silat pada zaman moden ini janganlah cepat melatah kerana seni silat mempunyai banyak kelebihan tersendiri. Ingat pesanan saya iaitu biar kita menguasai silat dan jangan silat menguasai kita (ketawa)

WK: Apakah wawasan Encik Nor Azman bin Abdul Aziz sebagai jurulatih seni silat Gayong Malaysia cawangan UPSI untuk meningkatkan lagi imej UPSI sebagai sebuah universiti yang bitara dalam kepimpinan pendidikan?

NAAA: Sebagai jurulatih Silat Seni Gayong Malaysia Cawangan UPSI dan juga pemegang Bengkung Pelangi Hitam Cula 6, saya bercita-cita untuk melahirkan lebih ramai juara di peringkat dalam negara dan antarabangsa. Biarlah tidak menang tetapi dapat memperkenalkan seni silat di mata luar. Dengan sedikit pengalaman saya dapat melahirkan juara dunia seperti Rozaidi Abdul Rahman, Khairi Ab Rahman, dan Mohd Rafie Yaacob. Ramai juga yang telah menjadi jurulatih di peringkat sekolah setelah tamat pengajian. Di peringkat antabangsa saya juga terlibat dengan penggambaran dokumentari History Channel-Human weapon pada 2 hingga 10 September 2007 (ditayangkan di saluran 555- History Channel ASTRO. Selain itu dalam National Geografic pada 27 hingga 31 Disember 2008 dan akan ditayangkan tidak lama lagi (ketawa).