KISAH PENDEKAR JUARA
Menjadi seorang juara dalam pertandingan silat olahraga adalah suatu perkara yang mudah. Sebenarnya pekara yang paling susah sekali ialah mempertahankan kejuaraan bagi seseorang yang sudah bergelar juara. Perkara ini perlu dihayati dan dihalusi bagi mendapatkan kejayaan berterusan.
Ruzaidi Abd.Rahman adalah satu nama yang pernah mengharumkan negara khususnya dalam pertandingan Silat Olahraga di peringkat antarabangsa. Menjadi juara dalam pertandingan Silat Kebangsaan adalah satu perkara yang lumrah baginya ketika aktif dalam pertandingan tersebut sekitar tahun 1980 an dahulu.
Pengalaman yang berharga beliau perlu di gali secukupnya. Bagaimana membina kemahiran dan mencipta kejayaan walaupun bertermpur dengan orang yang lagi besar dan tinggi darinya. Contohnya ketika beliau menentang pesilat dari German dan Perancis. Hanya menggunakan kaedah langkah yang halus dan tepat, pesilat dari german dan perancis itu dengan mudah ditumbangkan.
Ketika menjadi pesilat dahulu, latihan 5 jam sehari sememangnya menjadi rutin harian. Berjoging, latihan litar, sparring, light sparring, meditasi dan bermacam-macam lagi adalah perkara yang sering diulang-ulang setiap hari bagi membina stamina yang tinggi untuk bergelar sebagai pendekar.
SILAT OLAHRAGA ADALAH SILAT MELAYU
Ramai orang yang sering membezakan antara silat olahraga dan silat melayu. Sebenarnya tiada beza yang ketara antara silat olahraga dan silat melayu. Yang membezakanya hanyalah "sasaran" dan "kawasan larangan" ketika dalam permainan. Dalam silat olahraga, sasaranya hanya tertumpu dibahagian depan dan belakang badan sahaja. Tetapi dalam Silat sebenar tiada kawasan larangan. Gerakanya sama saja. Langkahnya tetap langkah silat.
Bahkan siapa yang mendalami silat olahraga, ianya bukan sahaja boleh digunakan dalam pertandingan sahaja, malah digunakan dalam pemakaian harian dan juga untuk bertempur dengan musuh-musuh yang tak diundang.
Tapi hakikat yang kita perolehi sekarang ketika sesuatu pertandingan silat olahraga dijalankan, tidak kelihatan seni silatnya disitu, Siapakah yang harus dipersalahkan? Geraknya kaku dan berlawan bagaikan "lembu disiram cuka".
PELAJARILAH DENGAN JUARA YANG TELAH MELAHIRKAN JUARA
Master Ruzaidi bukan sahaja berjaya menjadikan dirinya sebagai juara, malah telah melahirkan beberapa pesilat kebangsaan yang lain. Itulah juara yang telah menghasilkan juara. Sistem yang diajar oleh Master Ruzaidi adalah satu kaedah yang mudah, sedikit tapi berkesan sekali. Beliau hanya berpegang kepada pepatah " Air Setitik Menjadi Lautan, Tanah Sekepal Menjadi Gunung" dan pepatah "Kuatnya harimau terhambur kuatnya Gajah terdorong, kuatnya manusia berakal".
Walaupun falsafah yang tersusun dari beberapa perkataan ayat, tapi maksudnya bila diterjemahkan dalam silat, anda pasti akan teruja kerana gerakan yang dimulakan dengan langkah disulami dengan bijaksana akal dan disudahi dengan sebeban pikulan. Segalanya akan diperolehi disitu.
Latihan kefahaman dalam kaedah "menyerang" musuh dalam silat olahraga juga diajar. Semuanya dengan muslihat dari ilmu silat bukan dari ilmu beladiri lain. Pertahanan yang kukuh dan kuat akan menjadikan anda bertempur dengan tanpa mendapat sebarang kesakitan dan kelukaan.
SEMINAR @ KURSUS SILAT OLAHRAGA
Bagi mana-mana pertubuhan/persatuan/kelab/individu yang berminat untuk menimba ilmu dan pengalaman dari bekas seorang juara dan masih lagi juara iaitu Master Ruzaidi. Anda boleh hubungi 012-7976977 (Cikgu Alwi) untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan dengan tempat, yuran dan sebagainya.
KURSUS DAN SEMINAR INI TERBUKA KEPADA SEMUA PERSATUAN DAN PERTUBUHAN TIDAK KIRA DIMANA ANDA BERADA.. SEMENANJUNG MALAYSIA, SABAH SARAWAK DAN JUGA LUAR NEGARA.. AKADEMI ALAM SATRIA DAN MASTER RUZAIDI BOLEH SAMPAI KETEMPAT ANDA.
Jangan lepaskan peluang anda!
Sumber: http://betakos.com/v2/index.php