1Silat - Unity in Diversity

Monday 5 February 2007

Atlet Sepak Tajkraw & Silat Angkat Martabat USIM

5 Februari 2007 - Ternyata penjenamaan Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIM) kepada Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah membakar semangat juang kontingen USIM ke 2 Kejohanan yang berlangsung pada 1 hingga 4 Februari lalu.

Regu Sepak Takraw USIM Cipta Sejarah
Di UiTM Perlis pasukan sepak takraw USIM yang menyertai Kejohanan Sirkit Gemilang MASUM telah berjaya menempa sejarah apabila menduduki tempat ke 3 keseluruhan bersama pasukan UPM dan UiTM yang masing-masing menggunguli tempat kedua dan pertama.

Kejohanan yang menyaksikan penyertaan terbesat iaitu hampir 44 buah regu dari seluruh IPT turut menyaksikan kebangkitan regu muda USIM yang dibarisi pemain semester kedua yang berjaya menempatkan diri dikelompok 16 pasukan terbaik. USIM yang langsung tidak diberi perhatian membuat kejutan apabila mengalahkan 6 regu daru UMS, KUKUM, KUTKM, UKM dan MMU sebelum tewas kepada regu UPM di peringkat separuh akhir yang dibarisi oleh pemain kebangsaan yang menyertai kejohanan sukan Asia di Doha Disember lalu.

Lakaran kecemerlangan bertambah manis apabila regu USIM turut mendapat ucapan tahniah dan pujian oleh Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perlis yang turut hadir bagi menyampaikan hadiah di Stadium UiTM petang semalam. Kejayaan ini merupakan rekod terbaik USIM sejak mula menyertai Sirkit ini 3 tahun lalu di bawah nama KUIM.

Pesilat USIM Cemerlang di UM Sementara itu pasukan silat olahraga USIM yang menyertai Kejohanan Pencak Silat Jemputan Universiti Malaya telah berjaya merangkul 2 pingat emas, 1 perak dan 10 gangsa. Pencapaian ini juga merupakan rekod terbaik USIM yang hanya memperoleh 1 perak dan 3 gangsa pada kejohanan yang sama tahun lalu.

Semangat juang yang dipamerkan oleh pesilat muda USIM terserlah walaupun diberitakan ada dikalangan mereka yang cedera tetapi berjaya membawa pulang pingat untuk universiti yang disayangi. Kejohanan tahunan ini juga disertai beberapa pasukan handalan dan pesilat kebangsaan seperti UiTM, UPM, ATMA dan tuan rumah sendiri.

Ternyata kedua-dua kejayaan ini turut dikongsi oleh Y. Bhg Dato' Naib Canselor dan pihak pengurusan tertinggi universiti yang merakamkan ucapan tahniah dan rasa gembira atas kejayaan kedua-dua pasukan ini. Kegembiraan warga USIM bertambah ceria dengan berita kejayaan ini. Kepada para atlet, pegawai dan jurulatih warga infosukan mengucapkan syabas dan semoga kejayaan ini akan menjadi perangsang dan azimat untuk mencapai kegemilangan
untuk universiti yang dan persada sukan negara serta antarabangsa.

Sumber: http://infosukan.usim.edu.my/index2.php?option=com_content&do_pdf=1&id=115