1Silat - Unity in Diversity

Sunday 16 September 2001

Kejohanan Silat Seni Sekolah Menengah Peringkat Negeri SMK Seri Mahkota muncul johan

SEKOLAH Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Mahkota, Umbai menyapu bersih semua acara yang dipertandingkan pada Kejohanan Silat Seni Sekolah-Sekolah Menengah Peringkat Negeri di sini baru-baru ini.

Dengan muncul sebagai johan keseluruhan kategori Puteri dan Putera SMK Seri Mahkota akan mewakili negeri ini ke peringkat kebangsaan pertandingan silat yang akan berlangsung di Kota Kinabalu, Sabah pada September ini.

Sebanyak enam acara yang dipertandingkan di dalam kejohanan berkenaan iaitu Solo (Puteri), Massal (Puteri, Regu Tempur (Puteri), Solo Putera), Massal (Putera) dan Regu Tempur (Putera).

Ketua Unit Sukan Jabatan Pendidikan Negeri, Jamaluddin Jani berkata peluang untuk negeri ini mengutip pingat pada kejohanan peringkat kebangsaan begitu cerah memandangkan persiapan awal yang dilakukan.

Menurutnya, melalui kejohanan peringkat negeri juga berjaya mencungkil bakat baru untuk diketengahkan dan mampu mengalas harapan negeri untuk membawa pulang pingat.

Pada kejohanan itu SMK Ghafar Baba dari Masjid Tanah muncul naib johan kategori Puteri manakala SMK Teknik Jasin mjenduduki tempat ketiga.

Kategori Putera pula, naib johan diraih SMK Teknik Jasin dan tenpat ketiga pula disandang oleh SMK Ghafar Baba.

Sumber: http://mingguan.melaka.net/2001/sep_16/artikel6.htm